My Members....

Mar 5, 2015

Meeting Yang Membosankan !!

assalamualaikum...

semua pernah pegi Meeting kan...
aku secretary mmg hari-hari la mengadap meeting...
tapi bukan sebagai pendengar jek...
sebagai pencatit minit le ape lagi...
dan mesyuarat aku dipengerusikan oleh orang yang berlainan....
hurrmmm...



ok la straight to the point la...
ada sesetengah pengerusi yang menyebabkan mesyuarat jadi boring seperti berikut :

1. mesyuarat yang panjang lebar...
- mesyuarat punya la panjang lebar...pok pek pok pek...tapi isi yang perlu ada dalam minit mesyuarat hanya 5 point...korang rasa?? pergh sama ada ni kisah pak jabit dapat microfon atau mmg suka membebel panjang2 dan tak de kene mengena dengan tajuk mesyuarat. huuuuuuu....

2. olahan terhadap sesuatu isu terlalu panjang lebaq...
- ye dah tentu memasing dah bekerja...bukan budak sekolah lagi...tak perlu lah nak olah satu-satu isu tu sampai bagi 10 kali contoh...dah tak perlu lah citer 10 tahun lepas diungkit lagi...cukup2 lah contoh dalam 2 3 bulan lepas diambil kira...


3. persiapan sebelum mesyuarat...
- sebelum nak chair sesuatu meeting at least buat la catitan ringkas sikit ataupon mintak la PA / SU memasing buat agenda mesyuarat...so mesyuarat tak la lari jauh dari target sebenar isu yang nak disampaikan...ni tak kang...emmm ape lagi...emmmm emmm...kita pulak kene tunggu derang bercakap...

4. Berbual / Berborak pulak...
- mesyuarat harian seharusnya hanya mengambil masa 45 minit sahaja...tapi klu dah masuk berborak dalam mesyuarat hadoiii... borak pulak pasal menda bukan benda kerja...sila la berborak selepas habis mesyuarat...jangan la membazir masa-masa orang-orang yang kene hadir dalam mesyuarat tersebut...masa itu emas...klu tak masuk mesyuarat macam2 lagi kerja yang kita boleh siapkan...

5. Angkat Call
- ok sebagai pengerusi mmg tak de orang nak tegur lah klu angkat call...ye klu penting sila la angkat...tapi bila kita pulak nak kene tunggu dia bercakap telefon...mmg boring la kan...ala2 jeb sepahtu angkat call bini tu...haa gitu la gamak nya...

korang rasa???






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...