My Members....

Nov 12, 2013

Menu Utk Pesakit Diabetes - Sharing Is Caring

Salam..

dulu masa mak aku kene diabetes teruk aku sibuk cari menu nih..
n nak bagi pada mak la so mak n ayah leh applykan..
thanks for the blogger yang wat..
aku pun tak hingat blog mana yang aku ambik..
bila tengok balik aku rasa nak share pulak kat blog aku..
boleh ye cik blogger...
so korang leh lah jadikan rujukan kot...
hehe..

MENU UNTUK PESAKIT DIABETES

Masa pemakanan

    1.    Jam 7 pagi – sarapan
    2.    Jam 10 pagi – minum pagi
    3.    Jam 1 tghari – makan tengahari
    4.    Jam 4 ptg – minum petang
    5.    Jam 7 mlm – makan malam
    6.    Jam 10 mlm – minum malam

·       Air kosong hendaklah sentiasa di minum di antara waktu waktu makan (lagi banyak lagi bagus)
·       bacaan glucose sebelah pagi perlu diambil sebelum pesakit di insulin
·       insulin perlu dilakukan setengah jam sebelum sarapan (pagi)
·       bacaan glucose perlu diambil 2 jam setelah makan tengahari dan makan malam


Menu sarapan - contoh menu sarapan yaw!

  •      Segelas susu, segelas air suam, dua keeping roti di sapu mentega (mentega 0% lemak n 0% cholesterol)
  •      Secawan milo kosong, segelas air suam, satu set sandwich telur (telur rebus, di lenyek putih telur sahaja dan di sapu pada roti – utk perasa campurkan sedikit lada sulah, mentega tanpa lemak dan kolestrol)
  •      Segelas susu besama cornflakes (satu mangkuk kecil) dan segelas air suam
  •      Segelas susu, 2keping roti bakar di sapu jem tanpa gula (untuk diabetes) , segelas air suam
  •      Secawan milo kosong, segelas air suam, dua keeping roti bakar dengan keju tanpa lemak
  •      Segelas susu bersama 2 sudu besar bijirin oats dan segelas air suam
  •      Secawan milo kosong, sekeping pancake dengan mentega tanpa lemak dan tanpa kolestrol, segelas air suam
  •      Segelas susu, sekeping donat tanpa gula (donat yg di bakar lebih baik dari di goreng) segelas air suam

 nota lain :
  • karipap dan pau juga boleh dijadikan sebagai sarapan, tetapi intinya hendaklah di buang separuh (hanya sekeping sahaja)
  •  thosai dan roti canai juga boleh dijadikan sarapan, tetapi pesakit diabetes hanya boleh makan separuh sahaja (hanya boleh dimakan seminggu sekali sahaja)
  • milo boleh ditambah gula dengan gula equal (satu sahaja utk satu gelas)


Menu makan pagi (10 pagi)

3 keping biskut Jacob hi fibre + segelas susu + segelas air kosong

Menu makan tengahari dan malam

1.    Nasi putih semangkuk kecil + sup sayur + separuh ikan bakar (jika besar, jika ikan panjangnya seperti tapak tangan boleh diambil seekor. Cth: ikan kembung, ikan selar, ikan cencaru) + suku biji epal merah + segelas air suam
2.    Mee hoon semangkuk kecil + sup ayam (ayam sebesar separuh tapak tangan – seketul sahaja) + setengah biji pear hijau + segelas air suam
3.    Nasi putih semangkuk kecil + singgang ikan tenggiri (saiz potongan ikan hendaklah setengah tapak tangan pada setiap hidangan) + sayur goreng (sawi / kalian / peria / broccoli etc) + suku biji buah lai + segelas air kosong
4.    Chapatti 2 keping + kari daging + sayur goreng + suku biji buah epal merah + segelas air suam
5.    Nasi putih semangkuk kecil + sup ikan merah (sepotong bersaiz sebesar separuh tapak tangan) + sayur goreng + setengah biji belimbing + segelas air suam
6.    Pasta oglio alio semangkuk kecil (digoreng menggunakan minyak zaitun, bersama broccoli, celery, potongan daging ataupun menggunakan daging cincang dan lada hitam) + setengah biji pear hijau + segelas air suam
7.    Nasi putih semangkuk kecil+ sup tomyam (lebihkan sayur) + suku biji buah lai + segelas air suam
8.    Nasi putih semangkuk kecil + ikan bawal putih (sebesar tapak tangan – seekor utk satu hidangan) di kukus bersama sayur (lebihkan sayur) + suku biji epal merah + segelas air suam

nota : 

·       Nasi Ayam hanya boleh dimakan sebulan sekali, (setiap hidangan ayam harus sebesar separuh tapak tangan), lebihkan sayuran, nasi ayam diambil dengan sukatan semangkuk kecil, bersama buah buahan serta segelas air suam .
·       Nasi Lemak hanya boleh dimakan sebulan sekali, (setiap hidangan hanya boleh diambil putih telur sahaja), lebihkan sayuran, nasi lemak diambil dengan sukatan semangkuk kecil, bersama buah buahan serta segelas air suam ..

* sekiranya waktu makan tengahari pesakit diabetes mengambil nasi ayam atau nasi lemak.. waktu makan malam hanya boleh ambil chapatti atau pasta..
** Sukatan mangkuk kecil bersamaan dengan satu cawan (tea cup)



Menu minum petang

3 keping biskut Jacob hi fibre + segelas susu / milo kosong + segelas air suam
* biskut boleh diganti dengan dua keping biskut oat

Minum malam (diambil setelah suntikan insulin)


2 keping biskut Jacob hi fibre + segelas susu

tu jek..
kbye!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...