salam...
nak kongsi bersama adap atau perkara yang harus dilakukan apabila masuk rumah baru..
1. Azan
- laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru.
- dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu 
lama disokongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-
Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni. 
2. Baca Surah Al-Baqarah 
- sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : 
'Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari 
rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah)
3. Bayakkan solat dan membaca Al-Quran
- dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakan agar kita memperbanyakan solat dan 
membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. 
- Baginda bersabda yang bermaksud " Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakan solat dan membaca 
Al-Quran' (hadis Riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
- amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah 
atau bangunan. 
- baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, 
ayah Kursi 1 kali, tetapi di ayat terkahir bacalah sebanyak 7 kali. 
 

No comments:
Post a Comment