My Members....

Mar 7, 2014

Program Tahsinussolah - Perkara Makroh Sewaktu Wuduk

Assalamualaikum...

salam jumaat...
beberapa hari lepas gi program tahsinussolah ni...
memang best...
ye lah nak perbaiki cara ibadah kita kan...
so ni nak share kat sini..

perkara-perkara Makroh semasa wuduk :

  1. berlebih-lebihan menggunakan air - pembaziran lah nyer...bak kata ustaz nak wuduk bukak air macam nak mandi wajib..hahaha
  2. mendahulukan yang kiri sebelum anggota yang kanan.
  3. mengelap air wuduk...pun makroh okies...
  4. menyapu air wuduk lebih daripada 3 kali...
  5. memukul air ke muka...
  6. orang lain tolong ambilkan wuduk walaupun kita masih kuat...(pengecualian klu yang sakit)
  7. berlebihan semasa berkumur dan membasuh hidung.. 
pastu nak share beberapa persoalan yang ramai orang keliru (mengenai wuduk)

1. soalan : sah atau tidak mengambil wuduk selepas mandi dalam keadaan mandi bogel (tidak berpakaian)
   jawapan : wuduk tersebut sah. 

2. soalan : sebelum mandi wajib telah ambil wuduk. pastu mandi wajib. pastu perlu ke ambik wuduk untuk solat...ada kata tidak perlu sebab dah ambik wuduk first time...dan telah mandi wajib..
   jawapan : kene ambik wuduk sebelum solat.. kerana wuduk yang first hanya sunat untuk mandi wajib...dan niat utk mandi wajib...tetapi wuduk untuk solat hukumnya adalah wajib..

sekian...banyak lagi yang ustaz citer...
tapi yang aku ingat ni je...
nnt klu gi lagi aku share lagi...
inshaa Allah...
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...