My Members....

Jan 26, 2015

Elakan Diri Daripada Di TIPU - Nasihat dari BNM

Assalamualaikum...

copy drpd fb BNM Malaysia

Kebelakangan ini terdapat penipuan menggunakan nama BNM, logo koporat serta nama dan jawatan pegawai-pegawai kanan BNM oleh pihak yang menipu dalam skim haram atau aktiviti penipuan lain adalah bertujuan untuk memperdaya orang ramai.

skim haram atau aktiviti penipuan ini mungkin dipromosikan melalui e-mail , surat, panggilan telefon, SMS atau dalam bentuk komunikasi lain.

LINDUNGI DIRI ANDA DENGAN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH BERIKUT :

1. JANGAN MEMBALAS sebarang panggilan telefon, surat, SMS atau email yang mendakwa mereka daripada Bank Negara Malaysia dan mempelawa anda menyertai apa-apa skim pelaburan atau aktivit yang disyaki sebagai penipuan.

2. SENTIASA BERWASPADA - Bank Negara Malaysia tidak akan menghubungi anda untuk mempromosikan sebarang skim pelaburan atau meminta maklumat perbankan peribadi. Bank Negara Malaysia juga tidak akan meminta anda membuat sebarang pemindahan wang. .

3. BERHATI-HATI APABILA BREURUSAN DENGAN SYARIKAT ATAU INDIVIDU yang menggunakan surat perakuan yang kononnnya dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau pegawai-pegawai kanannya untuk mendapatkan wang atau pelaburan daripada anda.

JIKA ANDA DALAM KERAGUAN, SILA HUBUNGI ATAU LAPOR KEPADA

BNM TELELINK  (PUSAT PERHUBUNGAN PELANGGAN)
TEL : 1-300-88-5465
FAKS : 03-21741515
EMAIL : bnmtelelink@bnm.gov.my


so jangan la tertipu lagi...
banyak dah yang BNM dan PDRM buat untuk elakan daripada ditipu oleh penjahat2 ni...
berpesan2 la kepada kawan2 ye...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...