My Members....

Feb 11, 2010

Argh...Dah Gemuk Lor...

Salam...

Disebabkan berat badan yang dah tak menentu n getting more n more n more berat...terjumpe lah artikel bout mengurangkan berat badan kat Harian Metro...so nak lah dikongsikan bersama kat sini...

Elakkan kurus dlm tempoh yang singkat
Bila berat badan berkurang dengan cepat, kebiasaannya badan hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan akan  menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori..

  • emm..so makne nyer pengambilan ubat2 yg memberi kesan dalam masa yang singkat tak bagus lah ye...



Gantikan makanan, bukan tak makan lansung
Cuba gantikan makanan kegemaran yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan kegemaran anda secara drastik walaupn pengambilan kalori telah berkurangan.

  • so keinginan tetap di penuhi...cume ditukar sikit supaya kalori menurun..bgus gak idea ni..



Minum banyak Air
banyakkan minu air putih dan air soya untuk menggantikan air gas..air gas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari.

  • wow...emmm so pasni jauhi coke, pepsi dll utk kurus..



Banyak bergerak...
banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan.. byk cara utk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi gim dll..anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dlm kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton tv..

  • banyak bergerak...em...kemas umah, gi makan jalan kaki n jalan2 bawak fail pun bergerak jugak kan..huhu..



Mulakan sedikit demi sedikit..
mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit.. dan bukannya secara drastik....kurangkan sedikit pengambilan makaan tinggi kalori dan ganttikan dengan makanan yang berkhasiat...gantikan minuman manis dengan air suam..perubahan kecil biasanya akan lebih berkekalan berbanding perubahan drastik..

  • so kena makan banyak buah2an ganti makan ringan yang tah paper lah nyer...lebih berkhasiat..



Jangan terlebih makan...
Sunnah Rasulullah S.A.W  yang menguyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang...cuba lah amalkan dan anda akan melihat perubahannya. makan sedikit tapi kerap..

  • so after dis makan sedikit but often ker? emmmmm...



Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya..
anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak  lagi? jangan wat camtuh.. badan memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan...cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat..

  • em...leh makan but tak berlebihan...slamat lah makan kegemaran ku..



Kesan jangka masa panjang...
diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan...rancang program penuruan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik...rekodkan segala perubahan menu, kativiti fizikal dan apa juga yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda...pastikan prgoram anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat2 tahi ayam...

  • slalunyer bila berazam tuh akan jadi...hot2 chicken shit...nak wat camner tak tahan godaan...



Fokus pada SIHAT bukannya KURUS
Kebanyakkan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat...tetapkan pemikiran anda dgn memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda....untuk panduan, rujuk piramid makanan...

  • em...masalahnyer...objektif nak kurus...hurmmm...piramid makanan cam ni lah..





Atasi tekanan emosi..
emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan nada teruja untuk makan...cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor...lakukan juga ativiti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi...

  • emm so...tak tertekan pun banyak makan gak...cmner?



Motivasi
sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan...dapatkan sokongan daripda orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan semangat!!!!

  • Good Luck...n harap n3 ni mengubah sesuatu....at least klu tak kurus pun jadi lebih sihat...






1 comment:

imHepPie said...

erkk...kena amalkan la diet sehat cmni huhu da gumuk malu nk pi reunion isk haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...